Penggambaran Filem The Red Warriros The Movie Bermula

Monday, June 23, 2014 Shahrul 0 Comments

Sejak pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa pasal pembikinan sebuah filem berkaitan pasukan bole sepak Kelantan - The Red Warriors The Movie, rakyat Kelantan pasti tak sabar untuk menonton filem tersebut.

trwfc_official hari ni postkan satu video di akaun Instagram salah satu babak latihan antara Pekin dan seorang pelakon kana-kanak berdialog. Ini bermakna filem tersebut sedang dalam penggambaran dan dikatakan siap pada 23 Julai nanti.

Filem ini akan menyerang pawagam pada pertengahan kedua tahun ni dan akan dibintangi oleh barisan pemain TRW sendiri, Fizo Omar, Pekin, Kamal Adli, Julia Ziegler, Intan Ladyana, Datuk Tarmimi Siregar, dan ramai lagi.

Sinopsis:
Filem ini berkisahkan seorang pemuda, Rohim dari Dabong yang mempunyai minat mendalam dalam bola sepak namun terpaksa berhenti sekolah dan dipaksa menjadi pemandu teksi sapu seperti ayahnya.

Rohim yang melarikan diri dari rumah kemudiannya bekerja sebagai pelayan tetamu di sebuah restoran berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV dan berkenalan dengan anak majikannya bernama Kalsom.

Wanita itu memberi semangat terhadap dirinya dan mengatakan menjadi pemain bola sepak itu bukan sekadar sukan tetapi merupakan satu perniagaan.

Bermula daripada itu, tanpa menoleh ke belakang dia mengejar cita-citanya menjadi seorang pemain bola sepak profesional.

0 Responds:

Please feel free to leave a comments and subscribe to follow up.